resepi puding telur #resepisukahatimira

11:51 AM

assalammualaikum semua.

i had a wonderful weekend with my soulmate of course and yesterday was our 9th month of anniversary *padahal baru hari ni pon perasan dah 9 bulan. hihihi dan insyaAllah sampai ke syurga kan abang :)

Post kali ni nak bagi resepi turun temurun dari mak.hehe masak puding telur ni pun atas permintaan mummy to be, wawa. Terima kasih wawa dan ilyas datang jauh jauh ke rumah kami. akhirnyaaa :P minta maaf jika ada terkurang ke.hehe ok let's start! senang je pon sebab mira yang memang tak reti kalau bab kek kek ni pon boleh buat.

Bahan bahan:
1. Telur 5 biji
2. Gula 1 cawan
3. Satu tin susu cair
4. 1 sudu teh esen vanilla
5. Garam sikittttt je.*secubit secukup rasa*

5 bahan je: telur, gula, susu cair, esen vanilla, garam

Cara cara:
**Untuk caramel *topping gula*
-setengah daripada gula tu, masukkan dalam loyang dan letak sedikit air, kacau atas api sampai warna jadi perang perang mcm gambar kat bawah ni, kemudian ketepikan dulu. Jangan lama sangat atas api, takut nanti pahit pulak.



**Untuk puding
- Pukul telur bersama setengah cawan gula lagi, pukul sampai sebati 
- Campur dengan susu cair dan 1 sudu teh esen vanilla tadi. kacau kacau lagi.
- Masukkan jugak sedikit garam bagi nak rasa lemak lemak sikit.sikitttt je tau.

Lepas tu masukkan bancuhan puding dalam loyang caramel tadi. Lupa nak snap gambar masa ni.hihi
kemudian masukkan loyang tu dalam pengukus. Kukus dalam 15-20 minit je. Siap!

Pengukus hadiah kahwin dari su. makaceh su :D

Ok bawah ni hasilnya, nampak sedappp kan.memang sedap pon :P
hee lepas dah siap kukus biar panas tu kurang dulu baru masuk dalam peti ais.makan sejuk sejuk baru sedap puding ni.hehe




Nanti nak buat lagi sebab husband suka sangat puding ni.hehe eh tapi tak boleh selalu la sebab manis.hihi rasa macam nak buat niaga kat bazar.haha

*iklan sikit*
Siapa nak order qaseh gold adinda/kekanda/junior boleh contact mira-0134025585. COD area shah alam ye kawan kawan.hee 



You Might Also Like

2 comments

  1. oloh..sedapnya nampak..teringin la pulak rasanya.

    oh mentang-mentang hari ni pose semua benda saya nak..hehe

    ReplyDelete
  2. cik hani: cubalah buat.senang aje pon :D
    rajin dengan tak je :P

    ReplyDelete