PTPTN tukar konvensional ke ujrah

12:06 PM

assalammualaikum.

post kali ni post membebel.bukan senang nak ada post panjang panjang kat blog ni -_-

selama ni macam bersabar je dengan PTPTN ni, yela kita yang berhutang kan. kena la bayar. bulan bulan bayar la sikit sikit guna gaji yang tak berapa nak banyak ni *alhamdulilah. bayar untuk diploma fix bayar sikit sikit tapi bila check je penyata tak pernah nak berkurang.habis bayar dekat kos pentadbiran je. sebab 3% kan. then call la pegawai PTPTN tu tanya kenapa tak kurang kurang ni? then dia suggest apply la ujrah jadi 1% je so monthly kos pentadbiran takdela banyak kena bayar. so fikir fikir lepas tanya suami semua daftar la ujrah ni.

Masalahnya sekarang, bila PTPTN dah satukan pinjaman diploma dan degree tu, then ingat boleh la bayar dua dua. sekali tu sebab degree ada tertunggak tak bayar dalam 3 bulan *menganggur* so selagi tak habis bayar yang tertunggak tu, tak boleh bayar untuk diploma, then dia charge duit pentadbiran bulan bulan utk dua dua pinjaman tu. Allah, sabarnya. bila call dia jawab memang system memang mcm ni, pegawai semua tak boleh buat apa. rasa macam teraniaya sangat.huhu so selagi tak habis bayar yang tertunggak untuk degree tu, tak boleh bayar untuk diploma and kos pentadbiran bulan bulan still kena bayar jugak. 

Takpela semoga Allah redha aku bayar sikit sikit ni.hutang kan wajib dibayar. pejam mata jela bayar kos kos pentadbiran tu semua.huhu kesian anak ummi, hari ni stress pikir hutang -_- 

eh takdela panjang mana :P
okbye!

You Might Also Like

0 comments