28.11.12

plushie: DINOSAUR

assalammualaikum..


comel tak?hihi
my very first plushie :)
dah rindu dino sebab bagi kat birthday boy..
nak minta balik boleh tak?haha

agak agak ada tak orang nak order..
dalam gambar nampak comel tapi bila tengok jahitan sebenar..aduh
ok fail memang fail pon kau menjahit mira kalau nak buat jual..
tapi takpe
practice makes perfect right?

anyway,
SELAMAT HARI JADI AWAK :)


peringatan: lagi 12 hari nak habis internship ni..woohoo!


7.11.12

kopi

assalammualaikum..




selamat bekerja semua :)
dapat minum coffee mekdi pagi pagi memang best :D

5.11.12

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2.0)

assalammualaikum..



berhubung permohonan bantuan rakyat 1 malaysia (BR1M 2.0) #skema
kalau student praktikal yang dah nak habis belajar layak tak dapat BR1M ni?

saya ada buat pertanyaan di br1m2@treasury.gov.my mengenai status saya..
ini emelnya 



assalammualaikum.. 
saya ingin bertanya mengenai status saya.sekarang saya sedang menjalani latihan praktikal dan akan menamatkan pelajaran pada bulan 12 ini..adakah saya layak untuk memohon?
kerana saya tidak ada sebarang slip gaji..
saya sudah pun memohon BR1M ini secara online..
dokumen apa yang diperlukan untuk permohonan saya bg status saya yang tidak bekerja lagi?
terima kasih

dan ini jawapannya

Salam 1Malaysia, 
Encik/Puan,
Berhubung dengan pertanyaan dibawah, pelajar tidak layak untuk memohon kerana layak untuk dapat baucer buku. 

Terima Kasih,
Bilik Operasi BR1M 2.0
Kementerian Kewangan Malaysia
Hotline : 1-800-222-500

maknanya pelajar praktikal tak boleh laa nak mohon BR1M ni..
kalau dapat baucer buku tu nak beli apa lagi?haih
hari tu dapat pun beli benda benda merepek..
tapi alhamdulillah kalau kerajaan nak bagi jugak kan baucer buku ni :D
tunggu laa dah dapat kerja nanti baru apply BR1M ni, tu pon kalau ada lagi..hihi


seronok berkayak semalam :)