23.10.12

18.10.12

dinosaur still exist


how come boleh gembira bila jumpa dinosaur? :)

11.10.12

love

sumber: tumblr

i just love this so much :)

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)

assalammualaikum..

alhamdulillah sudah dapat kad diskaun siswa 1Malaysia tu :) *terima kasih kak sa tolong ambilkan..ingatkan kena at least ada setahun lagi belajar baru dapat sebab sekarang tinggal last sem tapi still ada nama jugak..kad ni expired december 2014..hehe rejeki namanya..haha 



sumber: google
*sekadar gambar hiasan*

Chicken Soondubu Jigae Set + Peach Tea @ RM16.90nett

ingat minggu ni nak pergi makan kat Dubu Dubu Seoul Food bolehlah testing kad ni..berbaloi ke tak ntah sebab bukannya tahu harga asal dia berapa..haha nak try jugak..tak kira..

firefly pon dapat diskaun juga kalau guna KADS1M ni..50% off..bolehlah nak pergi honeymoon holiday nanti..hikhik insyaAllah :)

nak tengok senarai syarikat boleh klik kat sini

cc: awak


8.10.12

that rain

assalammualaikum..

14th November 2011..

Arwah meninggal disebabkan kanser hati stage ke 4..kiranya hampir setahun arwah abah meninggalkan saya sekeluarga..mungkin dah terlambat nak bagitahu di blog ni..saya tak pernah nak bagitahu mungkin sebab saya rasa kalau saya bercerita kat sini, nanti lagi saya sedih bila baca balik post ni..tapi alhamdulillah sekarang saya rasa lebih tenang..terima kasih pada mak, adik beradik, saudara, kawan kawan, lecturer, cikgu yang tak putus putus bagi semangat pada saya..


Sebagai umat Islam kita kena terima qada dan qadar daripadaNya kan..tapi tipu sangat kalau saya cakap saya senang senang boleh terima semua ni..rasa macam tak percaya je abah dah tiada, bila balik rumah tengok kerusi favourite abah tapi takde orang yang selalu duduk kat situ mesti menangis..rindu yang sangat sangat..dah berapa kali mimpi abah sampai tak terkira..bangun tidur mesti menangis bila ingat mimpi tu..

Bila saya rasa rindu sangat, saya baca surah yassin kepada arwah dan doa banyak banyak kepada Allah s.w.t.. Ini je yang mampu saya buat..dan bila pergi kubur arwah, rasa tenang sangat kat situ..rasa nak duduk lama lama kat situ :(

Memang sedih sangat mula mula tu, itu semua dugaan kepada hambaNya kan..dan kita semua pon akan rasa jugak kematian tu..arwah dah rasa, kita yang hidup ni sudah sedia ke nak menempuh waktu tu?cukup ke amalan kita?Ya Allah, permudahkanlah kami menghadapi sakaratul maut..amin


Alhamdulillah, sekarang banyak benda baik berlaku pada saya..semoga ianya berpanjangan..amin..cuma ingat Allah S.W.T akan ingat kita bila kita pon ingat kat Dia..Semoga aku semakin dekat kepadaMu Ya Allah..amin :)

Abah..nanti kita jumpa kat syurga ya..insyaAllah :)
amin..

Like a rainbow after the rain, there's always a good thing after the pain